Badan Nadwah Islamiah Pahang [NADWAH] adalah sebuah badan kebajikan yang asal keujudannya pada awal tahun 80’an hingga pertengahan tahun 90’an merupakan gabungan biro-biro agama Kelab Kakitangan Badan-Badan Kerajaan dan Swasta. Aktiviti Nadwah pada ketika itu, bernaung di bawah Pejabat Agama Islam Daerah dan Pegawai Agama Islam Daerah merupakan penasihat kepada Jawatankuasa yang dilantik.
Aktiviti dijalankan adalah berbentuk dakwah bil lisan seperti mengadakan atau menganjurkan forum atau ceramah agama, kursus pra perkahwinan, kursus pengurusan jenazah atau yang seumpamanya. Bagaimana pun di penghujung 90’an, Nadwah tidak lagi terlibat dalam penganjuran aktiviti sebegini berikutan pihak Jawatankuasa Masjid atau Surau setiap kariah telah mampu mengendalikan sendiri usaha-usaha tersebut yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
Nadwah kemudiannya telah beralih Nadwah beralih kepada dakwah bil hal (perbuatan) dengan melaksanakan beberapa aktiviti kebajikan seperti menghulurkan bantuan kepada pelajar miskin untuk memulakan persekolahan di awal tahun, membantu fakir miskin dan ibu tunggal pada setiap kali menjelang Ramadhan dan sambutan hari raya. Menerusi inisiatif beberapa individu, Nadwah telah didaftar secara rasmi dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 10/11/1997.
Sehingga kini, Nadwah telah berjaya merealisasikan penubuhan beberapa aktiviti Dakwah Bil Hal yang kemudiannya di daftar secara sah dan rasmi dengan pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah organisasi NGO.
Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur
No. Pendaftaran : PPM-007-06-28092000
Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Nadwah Permata Camar
No. Pendaftaran : PPM-015-006-27102014
Selain itu, aktiviti yang masih terus dikendalikan sendiri oleh Nadwah menerusi Jawatankuasa yang dilantik ialah ;-
Program Ziarah Pesakit & Bantuan Asnaf – sejak tahun 2006
(Jawatankuasa Kebajikan Nadwah)
Khidmat Surau Bergerak (Mobil Musolla) Nadwah – sejak tahun 2015
(Jawatankuasa Mobil Musolla Nadwah)