- Menegak, mengembang, berdakwah dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan kehendak Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasullah SAW dan dengan apa cara yang berkesan kepada orang bukan Islam dan orang Islam.
- Menjalankan lain-lain kegiatan seperti memberi, mengadakan, menubuhkan serta mengurus apa jua bentuk pusat kebajikan seperti pusat dialisis, rumah anak- anak yatim dan miskin, pusat pelajaran dan pendidikan Islam dalam apa-apa cara yang tidak bertentangan oleh Agama Islam dan sah di sisi undang-undang.
- Menggembleng tenaga masyarakat Islam setempat khasnya dan Malaysia umumnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan umat Islam di dalam semua lapangan termasuk sosial, kebajikan, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
- Mengujudkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan Islam dan rasa persahabatan dan harmoni di kalangan masyarakat setempat khususnya dan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa umumnya.
- Berusaha meningkatkan taraf hidup umat Islam yang kurang bernasib baik.
- Menjalankan kegiatan memberi kemahiran kepada usahawan-usahawan agar dapat bersaing dengan usahawan lain.
- Bagi menjalankan tujuan-tujuan yang tersebut di atas, "NADWAH" tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Perlembagaan ini, adalah mempunyai kuasa- kuasa yang berikut ;-
- Menganjur seminar, kursus, ceramah dan kuliah dengan tujuan Islam di samping dapat memperkenalkan "NADWAH" di dalam dan di luar negeri.
- Menerima pemberian, derma kekal, yuran dan legasi dari mana-mana Badan/Pertubuhan atau orang yang ingin menyumbangkan kepada "NADWAH.
- Membeli, menerima, memusakai atau dengan lain jalan memegang tanah, bangunan dan lain-lain harta-harta alih dan juga harta tidak alih.
- Menjalankan aktiviti sampingan bagi menambahkan sumber pendapatan kepada "NADWAH.
- Memiliki, melabur, menubuhkan syarikat dan menggunakan wang "NADWAH" yang tidak dikehendaki segera, mengikut cara dan syarat-syarat yang ditentukan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.
- Memajukan, menyokong atau membantu mana-mana skim, projek atau rayuan yang bertujuan untuk mendapatkan wang bagi menolong atau menyampaikan tujuan-tujuan tersebut.