Keterangan Lambang
Lambang ini adalah terdiri daripada susunan perkataan NADWAH dalam tulisan jawi berwarna hijau. Perkataan ini diapit oleh 6 garisan lintang selari berwarna hitam yang berkedudukan 3 di atas tulisan dan 3 di bawah tulisan tersebut. Warna putih menjadi dasar kepada lambang ini.
Makna Lambang
- Tulisan jawi yang membentuk perkataan NADWAH melambangkan tulisan-tulisan Al-Quran yang menjadi pedoman dan panduan kepada seluruh umat Islam.
- 5 garisan putih (termasuk yang menjadi dasar kepada tulisan jawi) melambangkan Rukun Islam yang menjadi amalan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam.
- 6 garisan lintang selari bermakna Rukun Iman yang menjadi tunjang kepada keimanan seseorang Muslim itu.
Warna Lambang
- Putih - melambangkan kesucian Islam serta keikhlasan hati ahli-ahli NADWAH dalam menjalankan semua kerja-kerja dakwah yang dipelopori.
- Hijau - Melambangkan warna rasmi NADWAH yang bermaksud nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam yang menjadi teras kepada pembentukan sahsiah diri seluruh umat Islam.
- Hitam - melambangkan sikap profesionalisme NADWAH dalam usaha menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli dan masyarakat.