1. Menegak, mengembang, berdakwah dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan kehendak Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasullah SAW dan dengan apa cara yang berkesan kepada orang bukan Islam dan orang Islam.
  2. Menjalankan  lain-lain  kegiatan  seperti  memberi,  mengadakan,  menubuhkan serta mengurus apa jua bentuk pusat kebajikan seperti pusat dialisis, rumah anak- anak yatim dan miskin, pusat pelajaran dan pendidikan Islam dalam apa-apa cara yang tidak bertentangan oleh Agama Islam dan sah di sisi undang-undang.
  3. Menggembleng tenaga masyarakat Islam setempat khasnya dan Malaysia umumnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan  taraf  kehidupan  umat  Islam  di  dalam  semua  lapangan  termasuk sosial, kebajikan, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
  4. Mengujudkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan Islam dan rasa persahabatan dan harmoni di kalangan masyarakat setempat khususnya dan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa umumnya.
  5. Berusaha meningkatkan taraf hidup umat Islam yang kurang bernasib baik.
  6. Menjalankan kegiatan memberi kemahiran kepada usahawan-usahawan agar dapat bersaing dengan usahawan lain.
  7. Bagi menjalankan tujuan-tujuan yang tersebut di atas, "NADWAH" tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Perlembagaan ini, adalah mempunyai kuasa- kuasa yang berikut ;-
    1. Menganjur seminar, kursus, ceramah dan kuliah dengan tujuan Islam di samping dapat memperkenalkan "NADWAH" di dalam dan di luar negeri.
    2. Menerima   pemberian,   derma   kekal,   yuran   dan   legasi   dari   mana-mana Badan/Pertubuhan atau orang yang ingin menyumbangkan kepada "NADWAH.
    3. Membeli, menerima, memusakai atau dengan lain jalan memegang tanah, bangunan dan lain-lain harta-harta alih dan juga harta tidak alih.
    4. Menjalankan aktiviti sampingan bagi menambahkan sumber pendapatan kepada "NADWAH.
    5. Memiliki, melabur, menubuhkan syarikat dan menggunakan wang "NADWAH" yang tidak dikehendaki segera, mengikut cara dan syarat-syarat yang ditentukan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.
    6. Memajukan, menyokong atau membantu mana-mana skim, projek atau rayuan yang  bertujuan  untuk  mendapatkan  wang  bagi  menolong  atau  menyampaikan tujuan-tujuan tersebut.
Go to top