Keterangan Lambang

Lambang ini adalah terdiri daripada susunan perkataan NADWAH dalam tulisan jawi berwarna hijau. Perkataan ini diapit oleh 6 garisan lintang selari berwarna hitam yang berkedudukan 3 di atas tulisan dan 3 di bawah tulisan tersebut. Warna putih menjadi dasar kepada lambang ini.

Makna Lambang

  1. Tulisan jawi yang membentuk perkataan NADWAH melambangkan tulisan-tulisan Al-Quran yang menjadi pedoman dan panduan kepada seluruh umat Islam.
  2. 5  garisan  putih  (termasuk  yang  menjadi  dasar  kepada  tulisan  jawi) melambangkan Rukun Islam yang menjadi amalan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam.
  3. 6 garisan lintang selari bermakna Rukun Iman yang menjadi tunjang kepada keimanan seseorang Muslim itu.

Warna Lambang

  1. Putih - melambangkan kesucian Islam serta keikhlasan hati ahli-ahli NADWAH dalam menjalankan semua kerja-kerja dakwah yang dipelopori.
  2. Hijau - Melambangkan warna rasmi NADWAH yang bermaksud nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam yang menjadi teras kepada pembentukan sahsiah diri seluruh umat Islam.
  3. Hitam    -    melambangkan    sikap    profesionalisme    NADWAH    dalam    usaha menyampaikan dakwah kepada ahli-ahli dan masyarakat.
Go to top