1. Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis pada kadar minimum yang disebut sebagai kadar kebajikan khususnya para pesakit yang tiada sumber kewangan atau yang tiada pembiaya iaitu setara dengan caj hospital kerajaan antara RM5 hingga RM15 setiap kali rawatan.
  2. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pesakit kegagalan fungsi buah pinggang (End-stage chronic renal failure atau ESCRF) tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan.
  3. Membantu meringankan penderitaan pesakit dan seterusnya memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama.
  4. Meningkatkan kefahaman pesakit dan keluarga mengenai penyakit yang mereka hidapi.
  5. Mendidik masyarakat mengenai penyakit ESCRF terutamanya dari aspek pencegahan dan juga meningkatkan kesedaran masyarakat umum untuk menjadi penderma organ.
  6. Menyediakan ruang kepada masyarakat untuk menyalurkan sumbangan kepada satu organisasi yang ditadbir secara profesional dan telus
Go to top